Khamis, 26 Ogos 2010

Sejarah Perayaan Deepavali

Hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama "Aipasi" pada setiap bulan Oktober dan November. Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula dan sembahyang.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Oleh itu, Deepavali juga bermaksud ‘sebarisan pelita’.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu.Mereka mempercayai bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.


Walaupun Deepavali dikenali sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Falsafah Hindu menegaskan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen dan tidak terhingga iaitu Atman (Cahaya Dalaman). Dengan wujudnya Atman, maka wujudlah belas kasihan, kasih sayang dan peningkatan pengetahuan yang membawa kepada Ananda (Kebahagian). Walaupun cerita Deepavali berbeza dari setiap tempat, namun intipatinya tetap sama iaitu bergembira dalam "Cahaya Dalaman".

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Menurut lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan ini sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan
Nama: KOO XIAU CHIUN
No Matrik : 207023

Pakaian Semasa Perayaan Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki. Di bawah adalah sedikit maklumat tentang pakaian yang dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali …


Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya.



Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.
Nama: Wong Siu Mei
No Matrik: 206825

Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali

Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat
pada suatu masa dahulu.

Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar tidak melakukan kejahatan.


Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.


Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolams” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolams”ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat “kolams” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.


Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.


Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.


Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan sebag
Nama: NUR ASYIERA BT AB WAHAB
No Matrik:206818