Jumaat, 27 Ogos 2010

Pantun

*AIDILFITRI *
Masak rendang di malam hari,
Rendang dimasak dalam kuali,

 Mari semua saudara saudari,
Sambut Aidilfitri setahun sekali.

*CINA*
Jalur gemilang diberi nama,
Rakyat hidup aman sentosa,
Biar berbeza bangsa dan agama,
Gong Xi Fa Cai tetap dirasa.
*INDIA*
Negara Malaysia Negara tercinta,

Rakyat bersatu menjulang nama,
Ayuh semua rakyat jelata,
Sambut Deepavali bersama-sama.
*GABUNGAN*
Duduk dibangku dipohon cermai,
Menanti sidia penuh debarannya,
Bersanggul rambut berbaju merah,
Senyum diukir penuh perasaan,
Malaysia negaraku aman permai,
Melayu, Cina dan India masyarakatnya,
Perayaan disambut dengan meriah,
Berkongsi perayaan itulah kebiasaannya.

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Sejarah Hari Raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Rasulullah bertanya kepada mereka, apakah dua hari raya itu? Mereka menjawab dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka.
Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi orang Islam yang mengerjakan ibadah puasa Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan ini bukan sahaja kerana kita berjaya mengawal nafsu makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadhan, malah kejayaan menghalang diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dilakukan ketika kita berpuasa.

Kalimah ‘Fitri’ bermaksud iaitu kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Pagi hari raya dimulakan dengan membersihkan diri, bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, dan seterusnya berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Perlu diingat, Islam tidak mengajar umatnya agar tidak berlebih-lebihan atau melampau batas dalam menyambut apa sahaja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dlam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata utuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih-muih terlalu banyak.
Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan diri manusia disebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri dan tidak sepatutnya kita melupakan tuntutan agama.



Nama:NORASMIDA BINTI SEMAN
No Matrik:206824

Khamis, 26 Ogos 2010

Pakaian Kaum Melayu Di Hari Raya Aidilfitri

Pakaian melambangkan identiti sesebuah bangsa.Setiap bangsa mempunyai adat dan pakaian tradisi yang tersendiri.Antara pakaian yang sering dipakai pada hari raya aidilfitri ialah Baju Melayu bagi kaum lelaki Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.

Baju melayu terbahagi kepada dua iaitu baju melayu potongan Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Pakaian yang sering dipakai oleh kaum wanita pula ialah baju kurung dan baju kebaya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.

Nama: FAZILAH ABDUL HAMID
No Matrik: 206826

Hidangan Hari Raya Aidilfitri

Hidangan hari raya aidilfitri merupakan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah untuk santapan para tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka pada hari raya. Tetamu yang berkunjung akan dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan tradisional melayu. Uniknya, hidangan yang disediakan pada hari raya ini sukar untuk ditemui pada hari-hari biasa. Oleh itu para tetamu akan makan dengan sepuas hati pada hari tersebut.
Hidangan hari raya tidak akan lengkap tanpa adanya ketupat, rendang, lemang, lodeh, serta banyak lagi hidangan lain. Namun hidangan-hidangan ini berbeza mengikut sesebuah negeri. Kuih-kuih raya pula akan dihidangkan antara tujuh hingga sepuluh jenis kuih yang berbeza. Kuih-kuih ini biasanya akan dibuat sendiri oleh tuan rumah dengan pelbagai bentuk, saiz, warna dan rasa.
Kepelbagaian hidangan juadah pada hari raya aidilfitri ini telah menambahkan lagi kemeriahan suasana di pagi raya. Di samping suasana yang ceria kerana tetamu akan makan bersama-sama dengan kaum keluarga ataupun dengan sahabat handai sambil bergurau senda dan bergelak ketawa.

Nama: NURULAIN NAJWA ABDULLAH
No Matrik: 206837

Pengenalan Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina
Nama Lain :Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga

Diraikan oleh: terutamanya tamadun Asia Timur

Jenis: China, kebudayaan, agama Buddha

Keutamaan :Hari pertama kalendar Cina (qamari)

Tarikh 2009: 26 Januari

Tarikh 2010: 14 Februari

Tarik 2011: 3 Februari

Perayaan : sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.

Berkaitan dengan : Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan i
ni






Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, mereka turut memakai kalendar qamari Cina.

Tarikh perayaan :
Tarikh  tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory)  disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.



Tarikh seperti berikut:
Tikus
19 Februari 1996 - 7 Februari 2008
Lembu
7 Februari 1997 -26 Januari 2009

Harimau
28 Januari 1998 -14 Februari 2010
Arnab
16 Februari 1999 -3 Februari 2011
Naga
5 Februari 2000 -23 Januari 2012

Ular
24 Januari 2001 -10 Februari 2013

Kuda
12 Februari 2002 -31 Januari 2014

Kambing
1 Februari 2003 -19 Februari 2015
Monyet
22 Januari 2004 -8 Februari 2016
Ayam
9 Februari 2005 -28 Januari 2017
Anjing
29 Januari 2006 -16 Februari 2018
Khinzir
18 Februari 2007 -5 Februari 2019
Sejarah :
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
Mitos :
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián  ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang bermaksud "menyambut tahun baru" ,membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".
Sebelum Tahun Baru :
Sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.


Hari Pertama:

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
Hari ke-2 :
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun"  menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.
Hari ke-3 :
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara.Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" , yang bermaksud mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.


Hari ke-5:
Di bahagian utara China, ladu  dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" . Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.


Hari ke-7:

Hari ketujuh dikenali sebagai ''hari jadi orang ramai'' iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.


Hari ke-9:

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan  di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.


Hari ke-15:
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai ''Yuánxiāo jié'' , atau ''Chap Goh Mei'', versi Cina bagi Hari Valentine.

Tāngyuán , bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan boleh dibuat sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai ''Perayaan Tanglung''.
Amalan Tahun Baru :



Ang pau :

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian  . Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.



Ucapan Semasa Menyambut Tahun Baru Cina:
''xin nian kuai le''  Tulisan Cina  ialah ''Selamat Tahun Baru Cina'' merupakan ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat.

Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo"  yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah ''dapat hidup dalam keadaan yang baik''.
Selain itu, "Gong xi fa cai”  yang diterjemah sebagai
"Tahniah dan semoga mendapat rezeki ''
Pantang-larang sewaktu perayaan :

Tuah baik:

• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput tuah masuk pada tahun baru.
• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.


Nasib Malang (Tuah buruk) :

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
• Membeli seluar baharu juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan
(namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
Nama:Long Si Ya
No Matrik:207130

Hidangan Tahun Baru Cina

Jamuan pertemuan semulaJamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, apabila semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, mereka akan bertemu untuk menyambut hari perayaan ini. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini menyediakan banyak makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan sebagai makanan penting, makanan ini tidak dimakan sampai habis, sebaliknya bakinya disimpan semalaman. Bak pepatah Cina  “nián nián yǒu yu”, yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."


Intisari makanan:
Luohan zhai
Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, hidangan ini sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran".



Ikan


Ikan merupakan ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan".




Yu Sheng
Hidangan istimewa lainnya bagi masyarakat Cina, terutama selama Tahun Baru Cina adalah Yu Sheng. Yu Sheng ialah salad berwarna-warni yang disajikan bersama ikan mentah.
Ikan mentah melambangkan kehidupan yang baru, sementara kata yu dalam bahasa Cina membawa maksud ''kesejahteraan''.

Caranya adalah mencapit Yu Sheng dengan sumpit dan melemparkannya ke udara, sehingga Yu Sheng dan salad bercampur merata. Yu Sheng iaitu salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.


LaduLadu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah. Pada hari ke-5, hidangan ini dijadikan sebagai sarapan pagi.

Limau mandarin

Limau mandarin merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya boleh digunakan untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.


Kuih bakul
Dalam tradisi Cina, terdapat satu kuih istimewa yang harus ada selama perayaan Tahun Baru Cina. Kuih ini bernama kuih bakul, yang juga merupakan simbol dari keberuntungan.

Hal ini berkait dengan legenda Cina yang mengatakan bahawa saat Tahun Baru Cina, dewa dapur datang kepada setiap rumah untuk mengevaluasi keluarga yang tinggal di dalamnya. Dewa dapur memberikan nilai lalu melaporkannya kepada Kaisar Giok di surga.
Rasa Nian Gao yang berbentuk ikan koi ini juga mencerminkan penilaian yang diberikan oleh dewa dapur. Semakin manis Nian Gao, semakin tinggi penilaian yang diberikan. Nian Gao yang lengket dipercaya akan membuat mulut dewa dapur melekat sehingga yang dapat dilaporkannya hanyalah sebuah senyuman.
Kuih bakul paling laris kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".


Siu Mie
Siu Mie merupakan penganan khas yang hadir untuk menyemarakkan perayaan tahun baru Cina atau Imlek. Bagi masyarakat keturunan Tionghoa, menyantap Siu Mie adalah wajib sebagai simbol umur panjang.
Siu Mie merupakan simbolisasi ''kelanggengan umur manusia''. Cara menyantapnya sangat unik iaitu dimakan secara utuh tanpa digigit. Di sinilah letak seninya, agar tidak putus biasanya Siu Mie dimakan dengan menggunakan sumpit.
Siu Mie biasanya menjadi sajian santap malam menjelang tahun baru Cina. Sebagai simbol kelanggengan, Siu Mie juga dikenal sebagai mie panjang umur kerana sesiapa yang menyantap mi akan mendapatkan umur panjang, kebahagiaan serta limpahan rezeki.
Nama: Teoh Siok Ern
No Matrik: 207082

Tarian Menyambut Tahun Baru Cina

Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim inilah yang ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan dalam tarian. Dalam urutan tarian ini, penari kelihatan sedang membuat persiapan untuk Tahun Baru secara besar-besaran. Tarian ini juga menunjukkan gadis-gadis menghias diri untuk menyambut perayaan ini.. Tarian ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Terdapat beberapa tarian akan dipersembahkan semasa tahun baru cina,tetapi yang paling popular yang dapat kita nampak ialah,tarian singa dan tarian naga.Tarian singaKostum tarian singa selatan.Pengenalan :
Tarian Singa  adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah :

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Peranan Tarian Singa Dalam Tahun Baru Cina :

Tarian Singa Selatan bukan merupakan satu persembahan hiburan di atas pentas sahaja,ia
juga merupakan satu adat yang tradisional bagi orang cina.Orang cina sangat mengambil berat tentang tarian singa selatan terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina,penari atau persatuan-persatuan tertentu akan lebih banyalk mempersembahkan tarian singa selatan berbanding tarian singa utara.Hal ini disebabkan tarian singa selatan melambangkan sesuatu gambaran penanda yang baik kepada seseorang.

Tuan rumah akan mempersilakan penari-penari singa selatan pergi ke rumahnya untuk mepersembahkan tarian tersebut.Barang-barang yang tertentu seperti limau,sayur,dan ang pau juga akan digunakan besama dalam persembahan .Hal ini kerana barang-barang itu semua
menunjukkan sesuatu keadaan yang ceria.Penari akan menggunakan teknik-teknik yang dikuasai oleh mereka untuk menggerakkan kepala singa untuk makan limau dan sayur yang disediakan oleh pihak tersebut.Tarian naga



Kostum tarian naga.



Pengenalan :

Sepertilah tarian singa, Tarian Naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Nagasebagai lambang identiti etnik.Tarian naga lebih kurang sama dengan tarian singa,perbezaannya cuma tarian singa dikuasai oleh dua orang penari sahaja,tetapi tarian naga akan dikuasai oleh sekumpulan penari yang banyak.Lebih kurang 15orang hingga 20orang penari yang terlibat dalam persembahan tersebut,bilanganya bergantung kepada saiz naga yang berbeza.Sebiji bola akan diambil dan dimainkan oleh salah seorang daripada penari-penari untuk mengarahkan perjalanan atau pergerakkan naga tersebut.

Sejarah :

Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han.

Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Nama: Kwek Xiao Sia
No Matrik:207109