Khamis, 26 Ogos 2010

Hidangan Hari Raya Aidilfitri

Hidangan hari raya aidilfitri merupakan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah untuk santapan para tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka pada hari raya. Tetamu yang berkunjung akan dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan tradisional melayu. Uniknya, hidangan yang disediakan pada hari raya ini sukar untuk ditemui pada hari-hari biasa. Oleh itu para tetamu akan makan dengan sepuas hati pada hari tersebut.
Hidangan hari raya tidak akan lengkap tanpa adanya ketupat, rendang, lemang, lodeh, serta banyak lagi hidangan lain. Namun hidangan-hidangan ini berbeza mengikut sesebuah negeri. Kuih-kuih raya pula akan dihidangkan antara tujuh hingga sepuluh jenis kuih yang berbeza. Kuih-kuih ini biasanya akan dibuat sendiri oleh tuan rumah dengan pelbagai bentuk, saiz, warna dan rasa.
Kepelbagaian hidangan juadah pada hari raya aidilfitri ini telah menambahkan lagi kemeriahan suasana di pagi raya. Di samping suasana yang ceria kerana tetamu akan makan bersama-sama dengan kaum keluarga ataupun dengan sahabat handai sambil bergurau senda dan bergelak ketawa.

Nama: NURULAIN NAJWA ABDULLAH
No Matrik: 206837

8 ulasan:

  1. Hidangan Hari Raya Aidilfitri memang sedap betul...

    BalasPadam
  2. the foods looks very delicious....

    BalasPadam
  3. wow,kuih-muih nampak sedapnya...

    BalasPadam
  4. banyaknya masakan tradisional melayu....

    BalasPadam
  5. makan makanan tersebut bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan memang ialah suatu keadaan yang sangat ceria...

    BalasPadam
  6. How to play Baccarat at Foxwoods, NJ - FEBCAsino
    Players in the casino may febcasino be wondering how to play 샌즈카지노 the game with a card, and how it works. Baccarat is a two-player game where a single player is dealt two cards choegocasino

    BalasPadam