Khamis, 26 Ogos 2010

Pakaian Kaum Melayu Di Hari Raya Aidilfitri

Pakaian melambangkan identiti sesebuah bangsa.Setiap bangsa mempunyai adat dan pakaian tradisi yang tersendiri.Antara pakaian yang sering dipakai pada hari raya aidilfitri ialah Baju Melayu bagi kaum lelaki Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.

Baju melayu terbahagi kepada dua iaitu baju melayu potongan Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Pakaian yang sering dipakai oleh kaum wanita pula ialah baju kurung dan baju kebaya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.

Nama: FAZILAH ABDUL HAMID
No Matrik: 206826

5 ulasan:

  1. Saya lebih memahami tentang pakaian kaum melayu semasa menyambut Hari Aidilfitri...

    BalasPadam
  2. that's the Malay traditional dress...i knew it now...

    BalasPadam
  3. sekarang saya tahu terdapat banyak jenis pakaian melayu....

    BalasPadam
  4. cantiknya, pakaian melayu...

    BalasPadam
  5. Rupa-rupanya pakaian tersebut mempunyai dua cara pemakaian yang berbeza..

    BalasPadam